Followers

Thursday, March 4, 2010

nusantara..


sejak beberapa bulan ini..tekanan kerja yang bertimbun2 ditambah pula dengan masalah yang bermacam2...membuatkan penulis sudah jarang mempraktikkan petua tradisi..cuma yang menjadi kewajipan seperti pupur tomato dan telur di wajah..memang jarang sekali penulis tinggalkan...

seharian berhadapan dengan pelbagai perkara..membuatkan kulit kepala penulis sering berminyak dan agak gatal..jadi, seperti biasa penulis mendapatkan nasihat dari SECRET GARDEN..dan akhirnya shampoo nusantara menjadi pilihan penulis...

benar2 mengagumkan..dengan haruman limau nipis, pegaga dan jarak kosta merah..ditambah pula rasa berangin di kulit kepala membuatkan penulis benar2 selesa dan tenang...

seperti biasa..penulis membuat kajian sendiri mengenai kandungan nusantara secret garden ini::

LIMAU NIPIS

limau nipis atau Citrus Hystric DC tergolong dalam buah-buahan sitrus yang amat terkenal dalam sejarah penjagaan rambut. sebelum perapi rambut diperkenalkan, perahan limau yang turut mengandungi asid sitrik digunakan di serata dunia untuk merapi dan menyinarkan rambut.

asid sitrik kini lebih dikenali sebagai AHA dengan khasiat tersendiri, sentiasa digunakan untuk membuat krim kulit yang dirumus daripada AHA. kandungan asidnya membantu mengekalkan kelembapan kulit.

buahnya pula boleh digunakan terus untuk mencuci kepala, dipercayai boleh menghilangkan kelemumur, melegakan kulit kepala dan mengharumkan rambut. juga boleh di gosokkan di seluruh tubug badan untuk menghilangkan bau badan.

PEGAGA

pegaga mempunyai bahan sebatian kimia dan bioaktiviti. dalam bidang peubatan tradisi, is digunakan sebagai agen antialergi, tonik, antikanser, mengeluarkan batu karang dan banyak lagi.

pegaga juga sangat membantu dalam proses pembentukan semula tisu rambut, membina kolagen dan kuku...ia juga sangat baik untuk mengatasi masalah keputihan, buasir dan kudis.

JARAK KOSTA MERAH

khasiat daun ini sangat berguna untuk mengubati masalah kelemumur..namun daun jarak kosta merah ini hanya boleh didapati di nusantara (daerah sekitar indonesia)..melalui beberapa proses jarak kosta merah juga boleh diadun untuk dijadikan ubat kembung perut , luka dan kecacingan.


hmm..banyak sudah kan informasi mengenai produk secret garden ini kan..bagi hemah penulis produk ini sangat bersesuaian dengan diri penulis sendiri...macamana plak dengan yang lain...

apa kata, kalau ada sesiapa yang ada pengalaman menggunakan secret garden ini sama ada posiitf atau negatif, kita kongsi di sini...mana tahu kita boleh berkongsi-kongsi pengalaman dan pendapat...

0 comments:

Post a Comment

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates. Blogger Templates | Blogger Template. Distributed by Blogger Templates