Followers

Thursday, April 8, 2010

hilangkan parut di kulit..

salam sejahtera..

pagi tadi cantik begitu bersemangat sekali untuk menjengah teratak ini..menyapu sawang2 dan meletakkan bunga segar..hehe3..terasa teratak ini makin suram bila hampir seminggu cantik tidak dapat menziarah..

hari ini cantik sangat teruja untuk berkongsi petua menghilangkan parut..memang sangat pedih dan bisa sekali..tapi apakan daya..bagi cantik memang petua inilah yang terbaik..cantik sendiri pernah mencubanya satu ketika dulu.



ok..mula2 tu kikiskan kayu manis dipermukaan kasar seperti di lesung batu...biarkan sehingga keluar habuk2 nipis kulit kayu manis..campurkan dengan sedikit air....kemudian sapukan dibahagian parut...memang agak pedih..tetapi kesannya maksimum....

ok...jangan lupa cuba ya..




Tuesday, March 30, 2010

LAYAN KULIT??!!

salam sejahtera..

nampaknya entry cantik agak lambat dipostkan bulan ini...banyaknya tugasan harian yang perlu diselesaikan dahulu..o ya!!tetapi cantik tetap jaga kecantikan ya...hehe

hari ini cantik temukan panduan untuk melayan kulit yang beragam2 ini..jangan disangka kanak2 saja yang beragam..kulit juga perlukan belaian manja yang bersesuaian...

ok::

1) untuk kulit jenis normal


kulit jenis ini mudah sedikit untuk dijaga. bersihkan saja muka seperti biasa pada waktu pagi dan malam..elakkan sabun biasa..gunakan pembersih jenis susu atau krim untuk efek lebih sempurna.

2) kulit jenis kombinasi

bersihkan muka dengan pembersih yang lembut dan tidak berbuih..elak menggunakan scrub..sebenarnya pencuci berbuih boleh mengeringkan lagi kawasan tertentu di wajah yang telah sedia ada kering.

3) kulit jenis berminyak

bersihkan muka 2 kali sehari. sunakan pembersih yang mengandungi salicylid acid. kerana ia boleh menenangkan kulit sambil mengelakkan pori-pori tersumbat.

4) kulit kering

seeloknya cuci wajah jarang2..jangan terlalu kerap..gunakan pencuci muka jenis susu setiap malam untuk hilangkan minyak dan sebum..untuk rutin siang hari, lebih elok gunakan air bersih sahaja.

5) kulit sensetif


jauhkan pencuci yang mengandungi asid, lethanol, dan propylene glycol.

Monday, March 29, 2010

AJA AJA fighting!!!

salam...
rasa2 nya tajuk entry penulis kali ini begitu sinonim kan dengan trademark perbualan harian kita kan...lebih2 lagi bagi peminat setia drama korea yang selalunya comel dan touching habis...

tetapi jangan salah sangka ya..penulis bukan berniat untuk membuat entry review drama korea pula ya...

sebenarnya setelah penulis mengumpul pelbagai koleksi cegah jerawat dan sebagainya..penulis lupa untuk menulis petua untuk mengawal berat badan atau gemuk dan melawan selulit....maaf ya..

penulis tahu..rata2 wanita diluar sana begitu risau sekali dengan kemunculan selulit yang nyata mencacatkan pandangan....oh ya!!sebenarnya selulit ini memang sangat berkait rapat dengan kegemukan..cara untuk mengatasinya kali ini...tiada cara pintas ramuan2 tradisi lagi ya..penulis mahu kongsikan cara pemakanan dan rutin harian yang perlu kita titik beratkan...

antaranya:

1) minum 8 gelas air sehari..jangan kurang ya..kalau xpercaya...baca sahaja tips kecantikan artis2 cantik diluar itu..mereka cantik bukan kerana gabungan formula bagai...tetapi hanya kerana tabiat minum air masak tidak kurang dari 8 gelas sehari!!!!....jadi apa lagi...jangan pandang remeh pada setiap gelas air masak...malah, dengan minum air, sebenarnya ia mengurangkan selera kita untuk makan dengan berlebihan...sebabnya?? air sudah cukup mengenyangkan....

2) elakkan mengambil makanan laut kerana ia mempunyai nilai kolesterol yang tinggi..tidak baik untuk kesihatan malah cenderung untuk meningkatkan berat badan..hm..tapi sedapnyaaa sotong goreng tepung ..!!....

3) kurangkan pengambilan garam dalam masakan..ini kerana garam boleh menggalakkan takungan air..mengurangkan pengambilan garam bermakna badan menanggung sedikit air....jadi, kurang sedikit berat yang disebabkan air..



tips2 ini penulis dapatkan di majalah InTrend..ada 100 tips kesemuanya..xlarat rasanya penulis mahu menaip kesemuanya..kita cuba sedikit demi sedikit dulu ya....

Wednesday, March 24, 2010

..sambungan RAmUan aSLI 2..

salam pagi...cantik harap semua rakan2 maya ceria ya arini...xseronoklah kan kalau hari yang sepi ni dihias dengan mood yang muram...

ok, seperti yang dijanjikan semalam...hari ini kita sambung lagi 3 kaedah untuk mendapatkan ramuan asli untuk kecantikan semulajadi ya...cantik harap moga petua semalam sudah mula dipraktikkan ya....hehe

baiklah, tips kita yang seterusnya::

~~~melembabkan kulit.. lakukan proses lembapan ini dengan amalan sapuan bahan ekstrak minyak seperti minyak zaitun untuk mengurangi kesan kulit kering dan menggelupas selepas mandi.

~~~masker..memang sangat sinonim dalam dunia kecantikan..selain menyegarkan, masker juga dapat melancarkan peredaran darah, merangsang kembali kegiatan baik pulih sel kulit dan membuang sel-sel kulit mati...banyak bahan masker yang boleh dipraktikan seperti masker dari timun @ tomato yang diblender dan juga boleh dilakukan dengan putih telur...kemudian tepekkan saja di wajah....mudahkan...hehe

~~~yang terakhir sekali adalah penyegar wajah...ingat!! antara penyegar yang paling baik adalah lemon kerana ia berupaya mengetatkan pori-pori terbuka selepas rawatan wap. caranya-> campurkan jus lemon dengan air sejuk dan gaulkan. sapukan pada wajah sedikit demi sedikit...rasailah hasilnya yang sangat segar...

cantik harap petua-petua hari ini cukup untuk melengkapkan rutin penjagaan natural yang merangkumi keseluruhan proses...tapi jangan risau..jika cantik temukan petua hebat lagi..pasti saja cantik akan tuliskan di teratak ini untuk tatapan semua...

semoga ceria-ceria ya...

Tuesday, March 23, 2010

RAmUan aSLI..

selamat sejahtera..

wah agak lama penulis menyepi ya..agak2nya sudah hampir seminggu yang lalu..maaf ya..susahnya penulis ingin mencuri2 masa mencoretkan petua2 tradisi diruangan cantik ni..rindu sekali kepada teman2 maya sekalian..semoga kalian sihat dan ceria selalu...

seperti biasa petua2 yang cantik kumpulkan...semestinya daripada ramuan asli...hehe..jimat wang+ lebih berkesan...

ada 6 petua kesemuanya..tetapi hari ini penulis berkesempatan mencoretkan 3 dahulu ya...tentu saja ada episod 'to be continue'..hehe

ok2 petua2 ini ialah::

~~~ steam wajah..ia sangat penting untuk membuka pori2 dan seterusnya memberi ruang kepada kulit untuk bernafas..jangan lupa rendamkan tuala bersih dalam air suam..lagi bagus campurkan sekali teh herba seperti chamomile dan aroma bunga...hmm..chamomile merupakan sejenis tumbuhan herba yang sangat bagus untuk kesihatan...nak tahu lebih lanjut mengenai chamomile boleh klik disini ya..

kemudian..lapkan air tersebut di sekitar wajah dan bahagian leher....pasti rasa nyaman dan segar sekali..

~~~cuci wajah.. cuba cuci wajah menggunakan air mineral bercampur ramuan buatan sendiri seperti pati mawar dan minyak zaitun untuk mengekalkan lembapan dan agar kulit tidak mudah lesu...

~~~toning wajah.. gunakan toner daripada daun teh hijau kerana ia adalah bahan anti oksida yang paling efektif dan sesuai pada semua jenis kulit..ia juga sangat bagus untuk melembutkan kulit...tapi ingat!! jangan sampai terkena pada mata ya...

semoga entri ini dapat mengubat kerinduan kalian pada entri cantik...hehe

Tuesday, March 16, 2010

KAu maWARku....


Wah2..penulis agak berjiwa romantis sejak akhir2 ini..semua petua yang penulis fokuskan..selalunya berkaitan dengan minat sang pencinta...bukan disengajakan ya..hehe

selalunya mawar hanya berkhasiat untuk mengubati hati yang rawan dan memujuk si dia pujangga jiwa..mungkin disebabkan itu, mawar begitu sinonim dengan pasangan yang sedang barkasih-kasihan...romantis kan..

jadi, untuk sang percinta yang selalu mendapat kuntuman mawar sehingga keliru untuk diletakkan di mana..apa kata hari ini cuba praktikkan petua ini..memang berbaloi2..makin berseri sang pencinta..tentu saja sang pujangga tidak merasa keberatan untuk menghadiahkan kuntuman istimewa ini lagi kelak..

tahukah anda:??..mawar juga berkesan untuk menghaluskan kulit dan melancarkan menstruasi dengan bauannya yang harum..kerana itulah mawar sering digunakan di spa untuk rawatan kecantikan..malah, dengan menghidu bauan mawar, ianya juga boleh menyegarkan semula daya ingatan mereka yang mudah lupa..!!!

baiklah, kita mulakan dengan ubati jerawat menggunakan bunga mawar::
campurkan 2 senduk air rebusan mawar dengan 1 senduk serbuk teh..oleskan pada jerawat sebelum tidur..amalkan 2 kali seminggu.insyaALLAH kesan jerawat akan hilang

2>> relakskan tubuh dengan air rendaman mawar::
masukkan kelopak mawar dalam air rendaman yang dicampur dengan 'baby oil'..berendamlah selama 30 minit dan rasailah ketenangan aroma mawar..pasti terasa segar dan relaks...

bestttnyaaa....

Monday, March 15, 2010

coKLat...

coklat??!!

hm..penulis yakin benar..majoriti pembaca yang menjengah diruangan cantik ni semestinya penggemar coklat...mana tidaknya..kecur saja dibuatnya bila membayangkan keenakan dan kelazatan coklat lebih2 lagi ferrero rocher...nyam2..

nampaknya..bertuahnya badan peminat coklat ni..rupa2nya coklat juga berguna untuk kecantikan..tanpa kita sedari, sebenarnya koko(bahan asas coklat) mengandungi antioksida yang boleh melembabkan kulit.. malah, ia juga dipercayai dapat memperlambatkan proses penuaan pada kulit dan mampu mencegah kedutan pada wajah...pasti melonjak gembira peminat coklat selepas ini.....teruskan minat anda ya...hehe

ha, kurang seronok pula ya kalau ruangan ini tanpa tips2 yang unik kan...ok, kali ini kita belajar membuat masker coklat dan mandi coklat ya:::

masker coklat

cairkan coklat, kemudian tambahkan susu serbuk putih dan garam. kacau rata.. biarkan sejuk dan kemudian oleskan pada wajah selama 15 hingga 30 minit..masker ini bagus untuk melembapkan wajah.

mandi coklat

cairkan coklat bersama susu putih..biarkan sejuk dan kemudian campurkan dengan sabun mandi (cecair)..tuangkan semuanya kedalam 'bath tub'...kemudian bolehla anda berendam dalam 'bath tub itu selamam 15 minit...akhir sekali bilas tubuh dengan air bersih..amalkan seminggu sekali ya..kesannya tubuh akn terasa lebih lembut...

p/s:: apa lagi...jangan dimakan saja coklat tu..cuba pula untuk rawatan kecantikan ya...pastinya kredit untuk majalah intrend..
 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates. Blogger Templates | Blogger Template. Distributed by Blogger Templates