Followers

Tuesday, February 23, 2010

RAHSIA...



Hmm..sebenarnya entry pada kali ini, penulis ingin berkongsi mengenai pengalaman penulis sendiri menggunakan produk penjagaan diri SECRET GARDEN..seperti yang penulis war2 kan sebelum ini,rahsia penjagaan ringkas penulis hasil gabungan petua2 tradisi hanya dapat penulis rasai pada rangkaian produk SECRET GARDEN..

Hmm..gambar2 ini diambil secara 'candid' di bilik air penulis sendiri..hehe..

body wash dan shampoo ini memang kami selalu gunakan..mungkin kebanyakan pengguna setia pada produk berjenama lain nya seperti rejoice, clean and clear dan pantene...memang dulunya penulis menggunakan produk laen..lihat saja gambarnya kan..masih ada lagi produk laen di bakul mandian..cuma baki nya saja..huhu..tapi pada hemat penulis, produk ini sangat bersesuaian dengan keperluan penulis...kalau xpercaya, boleh cuba dulu...

sebenarnya produk ini merupakan salah satu produk penjagaan yang tidak lari dari tips2 yang penulis selalu 'publish'kan..penuh dengan nilai tradisinya dan tidak lari dari kebiasaan masyarakat kita..contohnya 'body wash' Himalaya (botol berwarna coklat) yang penulis gunakan ia mengandungi adunan teh hitam, chamomile dan eucalyptus..

chamomile::~~

Chamomile digunakan untuk menyembuhkan sakit perut, radang usus dan sebagai ubat tidur (penenang). Selain itu, sebagai teh herba, iaitu dengan menambahkan dua sudu makan bunga chamomile kering dengan secawan teh. Untuk mengatasi sakit perut dinasihatkan untuk meminum secawan teh chamomile setiap pagi tanpa sarapan selama dua atau tiga bulan.

Selain itu, tumbuhan ini juga sesuai untuk alahan kulit termasuklah ekzema, luka, sakit gigi dan ruam lampin serta membantu melembutkan kulit, selain memberi khasiat yang diperlukan oleh kulit untuk kekal sihat.

Teh chamomile pula dipercayai mampu melindungi tubuh daripada menjadi perumah penyakit seperti demam dan kekejangan semasa haid. Dalam kajian terbaru itu, mereka yang gemar minum teh ini menghasilkan sejenis bahan yang dikenali sebagai glisin yang melegakan kekejangan otot. Menurut penyelidik Imperial College London di United Kingdom, Dr. Elaine Holmes, bunga tersebut juga bertindak sebagai antioksida dan antimikrob.

sumber::http://anizyn.blogspot.com



eucalyptus::~~

khasiat eucalyptus ini disapati dari bahagian daunnya..ia mempunyai kesan keseimbangan dan boleh meningkatkan proses penyembuhan, perlindungan diri, ketenangan emosi..selain itu, ia juga dapat mengurangkan selsema, sakit kepala, kelakuan yang tidak rasional, marah2 serta berupaya untuk menghilangkan bau badan..

teh hitam::

menurut Zhiozaki (1997), ekstrak teh hitam dapat meperbaiki system imun.Sistem imun yang baik dapat meningkatkan aktiviti sel, yaitu bertindakbalas terhadap zat asing di dalam tubuh. Sel kanser di dalam tubuh juga merupakan zat asing, kerana pada permukaannnya mempunyai protein lain atau protein asing. Bila system imunologi tubuh baik, maka perkembangan sel kanser ini dapat dihalang.

hmm bagaimana..rasa teruja kan untuk mencuba..

Monday, February 22, 2010

susu?? selain untuk diminum...

sejak lahir sehingga sekarang, apa yang penulis faham mengenai susu hanyalah:
**SEDAP
**BERKHASIAT
**MENGGEMUKKAN
**MENGUATKAN TULANG
**MENGENYANGKAN
**MUAK

hm..nampak sangat jahil kan..hehe..sebenarnya tanpa penulis sedari..SUSU telah digunakan sejak zaman Roman Kuno lagi sebagai pembersih muka..MACAMANA??..
~~mereka telah merendam kepingan roti dalam susu untuk dijadikan sebagai span untuk membersihkan muka...

sebab tu kot kita xpernah dengar orang zaman dulu2 mengalami masalah jerawat, bintik2 hitam dan segala bagai masalah yang x sudah2...ok2..xnak terpesong banyak2..kita cuba pula ritual kali ni dengan susu ya..::

1) MANDI SUSU
~~cuba amalkan mandi susu selama 20 minit..(campurkan susu segar dengan air suam) dan gosok kan tubuh secara perlahan2 dengan gerakan berpusar..manjakan badan dengan belaian yang lembut ok..kemudian bilas badan dengan air bersih..

2) MASKER MUKA
~~masukkan 2 senduk teh yogurt/ susu, setengah senduk teh madu dan jus lemon..gaul rata dan lumurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit.kemudian basuh muka dengan air suam...yogurt juga mampu menegangkan kulit muka..

hmm..selain itu, susu juga boleh merawat luka!!!..menurut beberapa pakar dari Australia, dadih tergolong dalam kategori bahan yang berfungsi sebagai agen penyembuhan khas bagi merawat luka atau penghapus kedut dalam rawatan kosmetik!!!

jadi, kesimpulannya sambil2 minum susu, bolehla kita jaga muka kan..

Thursday, February 18, 2010

JAGA KUKU!!

penulis sering memerhatikan masyarakat..dan hasil dari pemantauan saja2 ini, penulis dapati kebanyakan masyarakat kita terlalu mementingkan penjagaan rambut dan tubuh...dan kebanyakannya mengabaikan kebersihan kuku......seetuju???>>

bagaimana ya menjaga kuku agar kekal sihat, cantik dan berseri2 bak mutiara dan bersinar di panah mentari terang...WOW!!..best kan....

~~sekiranya kuku nampak kusam, gosokkan dengan potongan lemon atau anggur sehingga warnanya tidak lagi nampak kusam dan kelihatan berseri2.

~~sekiranya masih juga kusam, gunakan penghalus kuku untuk mengikisnya.

~~dan sekiranya terdapat kutikel kuku, gunakan minyak zaitun sambil mengurut lembut 2x sehari..selepas itu jaga pula kulit tangan dengan oles pelembab tangan dan bungkus tangan dengan tuala hanagt....biarkan sambil menanti kulit menyerap lembapan tersebut...

wahh...apa lagi...jangan lupa cuba2..sambil tonton televisyen pun best...

kredit kepada majalah nona..

ZAITUN OH ZAITUN..

sebenarnya bila berbicara mengenai khasiat zaitun, penulis setuju pasti semua orang pernah dan seringmenggunakannya...tapi kebiasaanya kita lebih tertumpu untuk satu2 kegunaan sahaja...

hm..disini penulis ingin menambahkan lagi koleksi kelebihan zaitun ni untuk penjagaan diri..

UNTUK RAMBUT:

1)BUANG KLEMUMUR, RAMBUT KUSUT DAN RAMBUT KERING..

senang sahaja..rajin-rajinlah sapukan minyak zaitun pada sikat atau lumurkan pada rambut...lakukan selalu dan penulis yakin kamu akan berpuas hati..

MANFAAT PADA TUBUH:

1)HALUSKAN KULIT BADAN
~~tumbuk buah keras dan campurkan dengan minyak zaitun. gosokkan pada seluruh tubuh. insyaALLAH akan dapat menanggalkan daki pada badan..

2)ANJALKAN KULIT
~~jadikan amalan untuk memakan buah zaitun kerana kandungan asid oleic nya dapat membaiki tekstur kulit dan membantu untuk menganjalkan kulit.

3) LEMBUTKAN TANGAN
~~tuangkan minyak zaitun ke dalam mangkuk..kemudian rendam jari-jai selama 15 hingga 20 minit lalu keringkan..cara ini juga akan menjadikan kuku kelihatan bersinar.

:: semoga tips ini akan membantu menceriakan hidup anda dan juga saya...hehe

...>>

nampaknya penulis terpaksa memohon maaf kesekian lagi...sudah agak lama menyepi dari singgahsana cantik ini...bukan sengaja dipinggirkan..tetapi pencarian penulis untuk menambahkan koleksi petua agak sukar...hukk3..ada2 sahaja halangan yang menjengah..

diharapkan entry2 akan datang akan menambahkan lagi minat dan perspeksi masyarakat melayu untuk terus mengaplikasikan kegunaan petua tradisi dalam kehidupan harian...hehe3

Tuesday, February 16, 2010

Kuasa Beras untuk CANTIK..

Rasanya sebelum ini penulis telah pun menulis petua cantik menggunakan air basuhan beras..tetapi sebenarnya masih banyak lagi petua best menggunakan beras ni..mujurlah penulis tergerak hati menilik majalah Intrend edisi tahun 2008 ini..selain dijadikan sebagai makanan ruji, sebenarnya beras sangat bermanfaat dan juga membantu untuk merawat kulit..

berikut merupakan antara kelebihan dan kegunaan beras:

1) BERAS ATASI KULIT BERMINYAK
~~ambil beras dan bersihkan dahulu..kemudian jemur sehingga kering..kisarkan beras tersebut (jangan terlalu halus dan biarkan tekstur beras sedikit kasar). sebelum mandi bersihkan wajah dengan beras yang telah dikisar..(beras tadi dicampurkan dengan air dan dijadikan scrub dan disapukan di kulit wajah yang berminyak)..

2) MENANGGALKAN DAKI-DAKI BADAN!

~~kisar segenggam beras sehingga halus dan tumbuk beberapa daun sireh sehingga lumat..campurkan kedua2 bahann ini dan kacau sehingga sebati. sebelum mandi, lumurkan campuran beras tadi keseluruhan badan. kemudian goso-gosokkan dengan perlahan sehingga semua bahan yang dilumur tadi tanggal dari badan. petua ini bukan sahaj boleh menjadikan kulit badan halus, malahan menanggalkan daki, mengharumkan permukaan kulit dan menyegarkan bau badan.

3) HILANGKAN JERAWAT BATU!!

tumbuk sedikit beras sehingga halus dan campurkannya dengan sedikit air. sebelum tidur, sapukan di jerawat batu tersebut!..lakukan 3 kali semingu. insyaALLAH jerawat batu pada wajah pasti akan hilang...

hmm..jadi apa lagi..jangan lupa cuba ya..!

Wednesday, February 10, 2010

Hilanglah kau wahai JERAWAT!!!

hmm..penulis rasa sangat gembira kerana akhirnya penulis ketemu lagi beberapa petua tambahan untuk menghilangkan jerawat!...penulis sangat menggemari petua kali ini kerana memang mudah sangat untuk di dapatkan!..sesuai juga untuk remaja yang baru membesar dan mengalami masalah jerawat..

antaranya ialah::

1) campurkan beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa..kemudian sapukan pada wajah. amalkan setiap masa seperti menggunakan bedak sejuk..hasilnya nanti, wajah akan bertambah cerah dan lembut malah tidak berjerawat lagi..

2) basuh muka dengan air suam, kemudian gosokkan muka dengan tomato masak..biarkan ia kering sendiri dan kemusian bilaslah dengan air suam.

3) ambil air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka. biarkan kering dan jangan gerak-gerakkan muka. apabila kering, bilas dengan air bersih atau jika ingin berkesan bilaslah dengan air suam. amalkanla selalu dan insyaALLAH kulit wajah akan bertambah bersih dan lembut...

4) selain itu, penulis juga menyarankan untuk menggunakan ACNE SERUM SECRET GARDEN!!..acne serum ini mengandungi adunan BUNGA KEKWA, DANDELION DAN ARTEMISIA VULGARIS yang berfungsi untuk mengecutkan jerawat dan sangat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah jerawat yang teruk!!..MALAH, IANYA BERASASKAN AIR DAN MUDAH UNTUK DIGUNAKAN...





p/s::nampaknya petua kali ini sangat menyeronokkan..jangan lupa cuba ya

Tuesday, February 9, 2010

selamat tahun baru cina..

salam...penulis memohon maaf..agak lama tidak meng'update' entry dalam blog cantik ini...bukannya apa kekangan masa yang agak mencemburui membuatkan penulisan ini tidak dapat di jengah buat sementara waktu..alhamdulilah hari ini masa seolah2 mengalu-alukan penulis untuk mula berkongsi rahsia kecantikan tradisi..

hmm..pada kali ini penulis ingin sama2 berkongsi rahsia kecantikan yang paling simple..mungkin jika kebanyakan pembaca yang membaca penulisan sebelum2 ini masih tidak berkesempatan juga mempraktikkan petua cantik ini..penulis sangat berbesar hati untuk berkongsi satu rahsia produk kecantikan dari SECRET GARDEN!!

sebenarnya penulis masih juga seperti kebanyakan pengguna, memerlukan sesuatu produk yang benar2 mempunyai nilai tradisi yang pastinya tidak lari dari konsep tradisi yang ternyata berkesan malah terbukti kerana ia telah diamalkan sejak dulu kala oleh nenek moyang kita..

SECRET GARDEN??! pasti ramai lagi yang tertanya apa kaitannya entry kali ini dengan SECRET GARDEN..SECRET GARDEN merupakan sebuah syarikat bumiputera yang menghasilkan produk kecantikan berasaskan bahan2 kecantikan tradisi...penulis sendiri menggunakan shampoo SECRET GARDEN ekstrak dari PEGAGA dan LIMAU PURUT....ini kerana masalah rambut berminyak yang penulis alami ditambahkan pula kekangan masa yang tidak mengizinkan, penulis memilih menggunakan khidmat bantuan produk ini!!..memang berbaloi...haruman limau dan pegaga membuatkan penulis benar2 berfikir sedang melakukan ritual kecantikan tradisi seperti biasa..

hmmm...penulis mula berfikir untuk mengadakan CONTEST!!..bagaimana ya??..dan mungkin hadiah penulis akan cuba mendapatkan set barangan secret garden!!...bagaimana???

Friday, February 5, 2010

kaki cantik.?!?!.

penulis pasti kebanyakan masalah wanita/lelaki sama ada yang aktif atau pun tidak, pasti tidak lari dari masalah yang sama.KAKI!!..

mungkin ada diantara wanita/lelaki diluar mengalami masalah kaki bersisik,berbau,melecet, tumit kaki pecah-pecah dan kering..fenomena ini memang sangat kerap terjadi, sebab itula produk penjagaan kaki begitu laris di pasaran..memang sukar untuk di kawal..kadang-kadang bila dah ok, beberapa hari kemudian, ia akan muncul semula...aduhh..malunya pada kawan-kawan!!

ok, disini penulis terjumpa petua baru, banyak kaedahnya di sini..jadi, pembaca bolehlah menilai dan memilih mana-mana yang sesuai:

APA KATA::~~ gunakan...

1) HAMPAS KELAPA DAN ASAM JAWA
campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. gosok berulang kali di kawasan kaki yang bersisik. sapukan juga sedikt minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik setiap hari. Insya Allah masalah kaki bersisik akan hilang.

2) AIR LIMAU NIPIS DAN BAWANG PUTIH
campurkan sedikit perahan air limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. sapukan pada tumit kaki yang pecah. ingat!!amalkan selalu sehingga sembuh ya..

3) MINYAK MASAK
jika masalah kaki melecet pula, sapukan sedikit minyak masak pada kaki yang melecet sebelum pakai kasut. InsyaAllah kaki tidak akan melecet malah lebih selesa kala menyarung kasut!


4) ASAM JAWA DAN GARAM

ini khas untuk kaki berpeluh dan berbau!! sediakan sebesen air dan campurkan segenggam asam jawa dan 2 camca garam. rendamkan kaki dan gosokkan celah-celah jari kaki dengan asam jawa. selain dapat menghilangkan bau kaki, ia juga boleh menghilangkan masalah gatal-gatal pada kaki..

p/s: kredit kepada majalah InTrend atas petua yang best ni...
~~petua2 yang penulis tuliskan di dalam blog ini adalah bersesuaian dengan lelaki dan wanita..tidak ada diskriminasi ya..hehe

Thursday, February 4, 2010

alamak!! paha besar..

hehehe..segan pulak penulis untuk mem'bold' kan entri kali ni..terasa sedikit sebab diri sendiri juga punya masalah yang sama..tapi apa gunanya blog ini jika penulis tidak berkongsi segala suka dan duka bersama pembaca yang lain kan..

hm..tadi penulis ter'jumpa' artikel lama di majalah KELUARGA...apa lagi bersemangat penulis apabila petuanya berkaitan PAHA BESAR..agak teruja penulis dan mungkin penulis akan mencuba petua ini secepat mungkin..hm..apa kata kita cuba sama2 dan lihat perubahannya..

bahan yang dicadangkan kali ini adalah menggunakan JINTAN sebagai penawar..rupa2 nya jintan ni memang telah lama digunakan untuk rawatan tubuh dan melangsingkan tubuh badan seperti perut dan juga paha.

caranya::~~rebus jintan. biarkan mendidih seketika barulah diangkat. biarkan dan tunggu sehingga air rebusan jintan itu sejuk barulah boleh diminum. bagi melihatkan hasil yang positif, amalkan meminumnya sebanyak 2 atau 3 kali seminggu..

hm....apa lagi..jom kita try!!

Wednesday, February 3, 2010

scrub asli???

penulis berpendapat, kalau di Malaysia, kebanyakan rumah pasti mempunyai rimbunan pohon jambu..tidak kiralah jambu batu ke atau jambu air..kan..lebih-lebih lagi kalau bermastautin di kawasan kampung..memang wajib!!

apa kata hari ni kita berkongsi kaedah kecantikan menggunakan pucuk daun jambu batu....ingat ya..pucuknya sahaja..jangan pula ada yang menggunakan daun2 yang besar tu..

cuba kita jadikan pucuk2 itu sebagai 'scrub' untuk menghilangkan kotoran dan daki di wajah..
caranya: ~~tumbuk pucuk daun tersebut/ ramas2 sehingga hancur..kemudian gosokkan di wajah sehingga rasa minyak-minyak atau daki di wajah hilang..kemudian barulah bersihkan wajah dengan menggunakan pembersih muka..insyaALLAH dengan khasiat daun jambu tadi..muka kita boleh jadi jambu tau...hehehe..

satu lagi petua mudah untuk membuka liang2 roma pada wajah..sebenarnya apabila liang roma terbuka ketika sesi pembersihan wajah, ia lebih memudahkan proses tersebut kerana kotoran2 degil yang tersumbat lebih mudah di tarik keluar..
caranya ialah :~~ tuangkan air panas kedalam sebiji baldi yang agak tinggi..(ingat, tuang suku baldi sahaja!.. kemudian tuamkan wajah anda dengan menekup kain menutupi ruang ...tapi hati2 ya...kaedah ini tidak boleh dilakukan selalu kerana khuatir memberi kesan kepada kulit wajah..

ketika sesi ini, wap air panas akan membuka liang2 roma..jadi, bolehlah kita men'cungkil' apa2 di wajah dengan lembut tanpa meninggakan kesan calar...

hmm..mungkin tips ini boleh membantu...penulis sering melakukan ritual ini bersama rakan2 semasa di kolej dahulu...memang seronok jika dilakukan beramai2..lebih2 lagi pada hari cuti.!!.

Monday, February 1, 2010

'add value' wajah anda!



kalau ditanya mengenai buah-buahan tempatan...memang penulis yakin ramai dikalangan kita memang teruja..maklumlah buah-buahan tempatan kita memang paling sedap jika dibandingkan dengan buah-buahan import..setuju??

jika disebut buah-buahan..pastilah yang bermain difikiran kita...::menyihatkan, mengenyangkan, menyelerakan, membekalkan vitamin, mempunyai khasiat, menggalakkan tumbesaran, menyeimbangkan tubuh dan mencantikkan kulit pastinya...jadi, apa kata kita mendominasikan kegunaan ini untuk dijadikan sebagai produk penjagaan pula...seronokkan..

BETIK

betik memang begitu sinonim dengan masyarakat melayu..macam2 kegunaan betik ni..lebih2 lagi dalam masakan..tapi yang ini, penulis maksudkan betik yang sudah masak kekuningan ya..jangan pula gunakan betik muda.. sebenarnya dengan menggunakan buah betik, kita dapat menghindari lapisan kulit mati dipermukaan kulit, menghilangkan bintik2 hitam dan meratakan warna kulit.

caranya : ~~hancurkan sebiji buah betik dan campurkan dua sudu madu dengan 'hazelnut' yang telah dikisar lalu sapukanlah pada kulit muka dan biarkan selama 10 minit. kemudian bilas muka sehingga bersih..memang segar lebih2 lagi hazelnut juga berupaya untuk menjadi scrub!!

PISANG

pemilihan buah-buahan yang ke dua pula adalah pisang..banyak kegunaannya. bukan sahaja pada isinya malah kulitnya juga boleh digunakan..pisang yang kaya dengan kandungan vitamin A, C, dan zat galian seperti niasin, kalsium fosforus dan zat besi mampu membekalkan tenaga pada kulit dan menyihatkan tubuh.

caranya :~~lenyekkan pisang dan tambahkan setengah biji jus lemon. kemudian, masukkan ke dalam peti selama 10 minit. selepas itu, sapukan ramuan tadi ke seluruh muka. biarkan selama 30 minit lalu basuhlah muka dengan air..ia sesuai di aplikasikan pada semua jenis kulit...(sumber dari majalah Intrend)

selain daripada tu, penulis juga menggunakan kulit pisang sebagai satu lagi alternatif..memang benar2 berkesan tau!..tips ini penulis perolehi dari kakak ipar penulis sendiri..menurut beliau, kulit pisang ini mengandungi getah yang boleh menegangkan kulit muka..memang berkesan..(walaupun kulit muka kita akan kelihatan selekeh semasa proses tersebut, tapi kesannya memang mujarab)..

caranya:~~ambil kulit pisang yang telah di gunakan..lumurkan dan sapukan bahagian dalam kulit tersebut di keseluruhan muka..biarkan selama beberapa minit sehingga kulit tersebut kering..ketika proses ini, jangan pelik kerana wajah kita akan comot kecoklat coklatan..ini sebenarnya disebabkan getah pisang tadi yang akan berubah warna apabila terdedah kepada udara..sama juga macam pisang yang terdedah kan...
ketika itu kulit muka akan menegang..biarkan sahaja ya..

akhir sekali, basuh muka secara beransur2 dengan menggunakan air suam..memang menakjubkan kesannya..kulit muka halus mulus!!!

hmm..apa lagi cubala tips kali ni...memang berbaloi2..
 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates. Blogger Templates | Blogger Template. Distributed by Blogger Templates