Followers

Sunday, January 31, 2010

rambut cantik MENAWAN..

memang x pelik kan kalau penulis katakan masalah yang paling sinonim dan selalu menjadikan jiwa kacau saban hari..risau yang mencengkam...rimas yang amat..geram dan celaru...ialah apabila rambut GUGUR!!..penulis sendiri sering mengalami situasi yang sama..mahkota yang satu ini memang agak sukar untuk dirawat dan perlu ditatang bagai minyak yang penuh..manakan tidak, tersilap langkah, pasti hidup jadi x keruan...

banyak tips yang kita dengar..tapi bagi pendapat penulis, petua yang satu ini memang mujarab..yela masa kecil2, mak selalu rawat rambut penulis supaya sentiasa cantik berkilat...tentula menggunakan bunga raya yang ditanam di hadapan rumah tu!!..xperlu keluarkan satu sen pun..

senang saja caranya..~~ramas daun dan bunga raya sehingga keluar lendir nya..mungkin kalau rambut tu panjang mengurai, pastilah kuantiti bunga raya kena lebih untuk hasil yang lebih memuaskan..boleh juga mengisar menggunakan 'blender'..kemudian, lumurkan ke seluruh rambut..biarkan seketika dan kemudian bilas rambut...hasilnya rambut berkilat dan cantik..

selain itu, untuk menguatkan dan menutupi uban, kita juga boleh menggunakan manfaat daun inai..memang terbukti malah disarankan dalam hadis!..jadi, jangan was2 ya..

akhir sekali jangan dilupakan teknik menyisir rambut pula..melalui beberapa tips yang penulis dapati dari internet dan majalah, teknik menyisir rambut dari belakang ke hadapan dan kemudian barulah di sempurnakan dari hadapan ke belakang boleh menjaga struktur rambut agar lebih kuat dan sihat..

kesimpulannya, banyak manfaat akan diperolehi apabila rambut sihat dari akar hingga hujungnya..hati senang dan rasa bebas merdeka...

khasiat kentang..

bila sebut kentang..penulis memang teruja..bukannya apa..bila terbayangkan kelazatan dan keenakan kentang membuatkan penulis begitu kecur dan mula lapar..nyam2..

tapi..rahsia di sebalik kentang yang sering terlepas pandang adalah.. kentang juga sebenarnya berupaya untuk mencantikkan dan mengembalikan kesegaran wajah anda!..
pelikkan..

untuk menghilangkan lebam bawah mata (lingkaran hitam)..sangat 'familiar' untuk menggunakan uncang teh dan timun yang telah digunakan..memang berkesan..tapi apa kata kalau kita cuba meletakkan hirisan kentang pula..berbaloi juga..kesannya segar dan kentang juga tidak mudah layu seperti timun..

selain itu, kentang juga boleh digunakan untuk mengurangkan jeragat!!..bagi sesiapa yang mempunyai masalah jeragat..tidak perlu gusar..masih ada cara baru untuk menanganinya...bagaimana ya?..

~~potong kentang nipis-nipis dan gosokkan pada muka..seeloknya dilakukan dengan kerap supaya hasilnya juga lebih kerap dan cepat.!!.~~

tidak rugi kan mencuba..

Thursday, January 28, 2010

atasi muka ber'NASI'!!

ramai di kalangan kita menganggap penjagaan wajah dan muka hanyalah satu ritual mudah..ada juga yang menganggap ianya sesuatu yang sangat sangat kompleks..sehingga menyebabkan mereka menjadi terlalu berhati2!!

disini penulis ingin berkongsi tips mudah bagi mengatasi masalah kulit muka ber'nasi'..apa yang dimaksudkan kulit muka ber'nasi'?..

hmm..pernah x anda mengalami masalah kulit muka yang agak kasar dan ditumbuhi biji2 putih..memang mengasyikkan jika dapat mengutilnya..tapi kesannya??..hu3..kulit muka yang merah menyala dan kulit yang mengelupas..puas ke??

jadi APA KATA lepas ni..

~~ambil putih telur..campurkan dengan sedikit bedak tabur (bagi menghilangkan bau hanyir telur)..kemudian lembabkan muka anda..ambil tisu muka dan tekapkan dalam telur tadi..lalu pupurkan di keseluruhan muka anda..lakukan seperti memakai 'MASK'..

~~kemudian biarkan selama beberapa minit (sehingalah tisu kering)...setelah itu..tanggalkan tisu tersebut dengan perlahan2...anda pasti teruja apabila melihat biji2 putih tadi(berwarna kuning kekuningan) melekat di bahagian tisu tadi..

~~langkah terakhir adalah basuh kembali muka anda dengan menggunakan pembersih muka!!..lap dan anda akan mengalami kepuasan tersendiri..

mudah kan..kebiasaannya penulis melakukan pupur ini 3 kali seminggu..memang menyeronokkan..

ambil sahaja bahannya di dapur!!

Tuesday, January 26, 2010

Sumber cantik semulajadi..



zaman sekarang ini banyak produk penjagaan kesihatan yang memang terkenal dengan kandungan kimia yang tinggi..maklumla untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat..bak kata orang 'sekelip mata!'..hmm.tapi bagi pendapat penulis..xberbaloi..memang kesan yang WOW itu cepat..bagaimana pula dengan kesan JANGKA PANJANG nya pula???..xberbaloi..

jadi..penulis lebih berminat untuk mengumpulkan beberapa koleksi kecantikan dari bahan semulajadi..yang nyata lebih 'natural' dan mudah didapat...mungkin boleh ambil saja di dapur..simple kan..

1) PEGAGA
majoriti masyarakat melayu sangat sinonim dengan ulam pegaga..memang menyelerakan!sesuai saja kalau disajikan pada waktu 'lunch' atau pun makan tengahari..tapi masih ramai yang tidak menyedari khasiat PEGAGA untuk kecantikan kulit muka kan..

APA KATA KITA CUBA:

kisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air seckupnya. pupukkan adunan tersebut pada bahagian JERAWAT dan BINTIK2 HITAM diwajah setiap malam sebelum tidur. ia dipercayai dapat menghilangkan kesan jerawat dan mengatasi masalah bintik hitam di wajah. amalan MEMINUM air pegaga pula dikatakan MAMPU MENYIHATKAN BADAN DAN MENGHASILKAN KULIT YANG CANTIK!!


2)KOBIS
tahukah kamu kobis kaya dengan mneral dan vitamin? ia juga mengandungi belerang ( sejenis zat galian yang penting untuk kesihata)..bukan sahaja berkesan untuk mengubati penyakit ULSER dan BARAH ia juga berkesan mengubati masalah lain di usus.

APA KATA KITA CUBA:
ambil beberapa kelopak daun kobis dan tumbuk sehingga lumat. kemusisan campurkan kobis tadi dengan sedikit madu. sapukan pasa muka dan amalkan selama seminggu. ia dipercayai DAPAT MELEMBUTKAN KULIT DAN MENGATASI MASALAH KULIT KERING!

hmm..macamana? harap2 dengan tips info yang hebat ini, kita akan mula mesra alam terhadap sumber cantik semulajadi ini...

p/s: kredit kepada majalah InTrend kerana menyediakan informasi yang sangat berguna..

Wednesday, January 20, 2010

salam pembuka lembaran RAHSIA!!...

sesuatu yang amat indah dan bermakna apabila rahsia kecantikan kita dapat dikongsikan bersama seluruh umat manusia..lebih2 lagi jika ianya adalah sesuatu yang suci dan tentunya HALAL!

jangan segan2 atau malu2 untuk bersama2 saya menjelajah dunia kecantikan rahsia melalui petua2 tradisi yang pastinya murah dan mudah!!
 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates. Blogger Templates | Blogger Template. Distributed by Blogger Templates