Followers

Tuesday, March 30, 2010

LAYAN KULIT??!!

salam sejahtera..

nampaknya entry cantik agak lambat dipostkan bulan ini...banyaknya tugasan harian yang perlu diselesaikan dahulu..o ya!!tetapi cantik tetap jaga kecantikan ya...hehe

hari ini cantik temukan panduan untuk melayan kulit yang beragam2 ini..jangan disangka kanak2 saja yang beragam..kulit juga perlukan belaian manja yang bersesuaian...

ok::

1) untuk kulit jenis normal


kulit jenis ini mudah sedikit untuk dijaga. bersihkan saja muka seperti biasa pada waktu pagi dan malam..elakkan sabun biasa..gunakan pembersih jenis susu atau krim untuk efek lebih sempurna.

2) kulit jenis kombinasi

bersihkan muka dengan pembersih yang lembut dan tidak berbuih..elak menggunakan scrub..sebenarnya pencuci berbuih boleh mengeringkan lagi kawasan tertentu di wajah yang telah sedia ada kering.

3) kulit jenis berminyak

bersihkan muka 2 kali sehari. sunakan pembersih yang mengandungi salicylid acid. kerana ia boleh menenangkan kulit sambil mengelakkan pori-pori tersumbat.

4) kulit kering

seeloknya cuci wajah jarang2..jangan terlalu kerap..gunakan pencuci muka jenis susu setiap malam untuk hilangkan minyak dan sebum..untuk rutin siang hari, lebih elok gunakan air bersih sahaja.

5) kulit sensetif


jauhkan pencuci yang mengandungi asid, lethanol, dan propylene glycol.

Monday, March 29, 2010

AJA AJA fighting!!!

salam...
rasa2 nya tajuk entry penulis kali ini begitu sinonim kan dengan trademark perbualan harian kita kan...lebih2 lagi bagi peminat setia drama korea yang selalunya comel dan touching habis...

tetapi jangan salah sangka ya..penulis bukan berniat untuk membuat entry review drama korea pula ya...

sebenarnya setelah penulis mengumpul pelbagai koleksi cegah jerawat dan sebagainya..penulis lupa untuk menulis petua untuk mengawal berat badan atau gemuk dan melawan selulit....maaf ya..

penulis tahu..rata2 wanita diluar sana begitu risau sekali dengan kemunculan selulit yang nyata mencacatkan pandangan....oh ya!!sebenarnya selulit ini memang sangat berkait rapat dengan kegemukan..cara untuk mengatasinya kali ini...tiada cara pintas ramuan2 tradisi lagi ya..penulis mahu kongsikan cara pemakanan dan rutin harian yang perlu kita titik beratkan...

antaranya:

1) minum 8 gelas air sehari..jangan kurang ya..kalau xpercaya...baca sahaja tips kecantikan artis2 cantik diluar itu..mereka cantik bukan kerana gabungan formula bagai...tetapi hanya kerana tabiat minum air masak tidak kurang dari 8 gelas sehari!!!!....jadi apa lagi...jangan pandang remeh pada setiap gelas air masak...malah, dengan minum air, sebenarnya ia mengurangkan selera kita untuk makan dengan berlebihan...sebabnya?? air sudah cukup mengenyangkan....

2) elakkan mengambil makanan laut kerana ia mempunyai nilai kolesterol yang tinggi..tidak baik untuk kesihatan malah cenderung untuk meningkatkan berat badan..hm..tapi sedapnyaaa sotong goreng tepung ..!!....

3) kurangkan pengambilan garam dalam masakan..ini kerana garam boleh menggalakkan takungan air..mengurangkan pengambilan garam bermakna badan menanggung sedikit air....jadi, kurang sedikit berat yang disebabkan air..



tips2 ini penulis dapatkan di majalah InTrend..ada 100 tips kesemuanya..xlarat rasanya penulis mahu menaip kesemuanya..kita cuba sedikit demi sedikit dulu ya....

Wednesday, March 24, 2010

..sambungan RAmUan aSLI 2..

salam pagi...cantik harap semua rakan2 maya ceria ya arini...xseronoklah kan kalau hari yang sepi ni dihias dengan mood yang muram...

ok, seperti yang dijanjikan semalam...hari ini kita sambung lagi 3 kaedah untuk mendapatkan ramuan asli untuk kecantikan semulajadi ya...cantik harap moga petua semalam sudah mula dipraktikkan ya....hehe

baiklah, tips kita yang seterusnya::

~~~melembabkan kulit.. lakukan proses lembapan ini dengan amalan sapuan bahan ekstrak minyak seperti minyak zaitun untuk mengurangi kesan kulit kering dan menggelupas selepas mandi.

~~~masker..memang sangat sinonim dalam dunia kecantikan..selain menyegarkan, masker juga dapat melancarkan peredaran darah, merangsang kembali kegiatan baik pulih sel kulit dan membuang sel-sel kulit mati...banyak bahan masker yang boleh dipraktikan seperti masker dari timun @ tomato yang diblender dan juga boleh dilakukan dengan putih telur...kemudian tepekkan saja di wajah....mudahkan...hehe

~~~yang terakhir sekali adalah penyegar wajah...ingat!! antara penyegar yang paling baik adalah lemon kerana ia berupaya mengetatkan pori-pori terbuka selepas rawatan wap. caranya-> campurkan jus lemon dengan air sejuk dan gaulkan. sapukan pada wajah sedikit demi sedikit...rasailah hasilnya yang sangat segar...

cantik harap petua-petua hari ini cukup untuk melengkapkan rutin penjagaan natural yang merangkumi keseluruhan proses...tapi jangan risau..jika cantik temukan petua hebat lagi..pasti saja cantik akan tuliskan di teratak ini untuk tatapan semua...

semoga ceria-ceria ya...

Tuesday, March 23, 2010

RAmUan aSLI..

selamat sejahtera..

wah agak lama penulis menyepi ya..agak2nya sudah hampir seminggu yang lalu..maaf ya..susahnya penulis ingin mencuri2 masa mencoretkan petua2 tradisi diruangan cantik ni..rindu sekali kepada teman2 maya sekalian..semoga kalian sihat dan ceria selalu...

seperti biasa petua2 yang cantik kumpulkan...semestinya daripada ramuan asli...hehe..jimat wang+ lebih berkesan...

ada 6 petua kesemuanya..tetapi hari ini penulis berkesempatan mencoretkan 3 dahulu ya...tentu saja ada episod 'to be continue'..hehe

ok2 petua2 ini ialah::

~~~ steam wajah..ia sangat penting untuk membuka pori2 dan seterusnya memberi ruang kepada kulit untuk bernafas..jangan lupa rendamkan tuala bersih dalam air suam..lagi bagus campurkan sekali teh herba seperti chamomile dan aroma bunga...hmm..chamomile merupakan sejenis tumbuhan herba yang sangat bagus untuk kesihatan...nak tahu lebih lanjut mengenai chamomile boleh klik disini ya..

kemudian..lapkan air tersebut di sekitar wajah dan bahagian leher....pasti rasa nyaman dan segar sekali..

~~~cuci wajah.. cuba cuci wajah menggunakan air mineral bercampur ramuan buatan sendiri seperti pati mawar dan minyak zaitun untuk mengekalkan lembapan dan agar kulit tidak mudah lesu...

~~~toning wajah.. gunakan toner daripada daun teh hijau kerana ia adalah bahan anti oksida yang paling efektif dan sesuai pada semua jenis kulit..ia juga sangat bagus untuk melembutkan kulit...tapi ingat!! jangan sampai terkena pada mata ya...

semoga entri ini dapat mengubat kerinduan kalian pada entri cantik...hehe

Tuesday, March 16, 2010

KAu maWARku....


Wah2..penulis agak berjiwa romantis sejak akhir2 ini..semua petua yang penulis fokuskan..selalunya berkaitan dengan minat sang pencinta...bukan disengajakan ya..hehe

selalunya mawar hanya berkhasiat untuk mengubati hati yang rawan dan memujuk si dia pujangga jiwa..mungkin disebabkan itu, mawar begitu sinonim dengan pasangan yang sedang barkasih-kasihan...romantis kan..

jadi, untuk sang percinta yang selalu mendapat kuntuman mawar sehingga keliru untuk diletakkan di mana..apa kata hari ini cuba praktikkan petua ini..memang berbaloi2..makin berseri sang pencinta..tentu saja sang pujangga tidak merasa keberatan untuk menghadiahkan kuntuman istimewa ini lagi kelak..

tahukah anda:??..mawar juga berkesan untuk menghaluskan kulit dan melancarkan menstruasi dengan bauannya yang harum..kerana itulah mawar sering digunakan di spa untuk rawatan kecantikan..malah, dengan menghidu bauan mawar, ianya juga boleh menyegarkan semula daya ingatan mereka yang mudah lupa..!!!

baiklah, kita mulakan dengan ubati jerawat menggunakan bunga mawar::
campurkan 2 senduk air rebusan mawar dengan 1 senduk serbuk teh..oleskan pada jerawat sebelum tidur..amalkan 2 kali seminggu.insyaALLAH kesan jerawat akan hilang

2>> relakskan tubuh dengan air rendaman mawar::
masukkan kelopak mawar dalam air rendaman yang dicampur dengan 'baby oil'..berendamlah selama 30 minit dan rasailah ketenangan aroma mawar..pasti terasa segar dan relaks...

bestttnyaaa....

Monday, March 15, 2010

coKLat...

coklat??!!

hm..penulis yakin benar..majoriti pembaca yang menjengah diruangan cantik ni semestinya penggemar coklat...mana tidaknya..kecur saja dibuatnya bila membayangkan keenakan dan kelazatan coklat lebih2 lagi ferrero rocher...nyam2..

nampaknya..bertuahnya badan peminat coklat ni..rupa2nya coklat juga berguna untuk kecantikan..tanpa kita sedari, sebenarnya koko(bahan asas coklat) mengandungi antioksida yang boleh melembabkan kulit.. malah, ia juga dipercayai dapat memperlambatkan proses penuaan pada kulit dan mampu mencegah kedutan pada wajah...pasti melonjak gembira peminat coklat selepas ini.....teruskan minat anda ya...hehe

ha, kurang seronok pula ya kalau ruangan ini tanpa tips2 yang unik kan...ok, kali ini kita belajar membuat masker coklat dan mandi coklat ya:::

masker coklat

cairkan coklat, kemudian tambahkan susu serbuk putih dan garam. kacau rata.. biarkan sejuk dan kemudian oleskan pada wajah selama 15 hingga 30 minit..masker ini bagus untuk melembapkan wajah.

mandi coklat

cairkan coklat bersama susu putih..biarkan sejuk dan kemudian campurkan dengan sabun mandi (cecair)..tuangkan semuanya kedalam 'bath tub'...kemudian bolehla anda berendam dalam 'bath tub itu selamam 15 minit...akhir sekali bilas tubuh dengan air bersih..amalkan seminggu sekali ya..kesannya tubuh akn terasa lebih lembut...

p/s:: apa lagi...jangan dimakan saja coklat tu..cuba pula untuk rawatan kecantikan ya...pastinya kredit untuk majalah intrend..

Wednesday, March 10, 2010

salam

salam hari Khamis..semoga pembaca2 sekalian sihat2 selalu dan ceria...nampaknya ada beberapa tips lagi untuk dikongsikan..

penulis rasa agak teruja dengan beberapa tips yang dikongsikan oleh beberapa pembaca blog ini..
hmm nampaknya petua mereka tidak kurang hebatnya..xsabar nak mencuba..mana tahu kesannya lebih cepat...betul x?

petua dari captbokkhari::

1) minyak kelapa dara
digunakan untuk rawatan rambut..malah ia juga berkhasiat untuk diminum..sebenarnya untuk pengetahuan pembaca, minyak kelapa dara adalah minyak asli yang telah diproses dari kelapa segar..ianya sangat berkhasiat dan dipercayai berkesan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit..

2) gunakan pisang ranum, ramas dan letakkan/tempekkan atas bahagian kulit kepala yg gatal atau ada kurap..insyaAllah mujarab. amalkan selalu atau 2/3 kali sehingga rasa gatal itu hilang..

ha..macamana...bestkan petua captbokkhari ni...jom kita cuba sama2..

Monday, March 8, 2010

AmALan PeNtiNG unTUK rAMBUT...

Salam sejahtera..penulis harap pembaca2 di teratak cantik ini sentiasa segar dan bersemangat...dan jangan sesekali tinggal..YAKIN pada diri sendiri ok..

semalam nampaknya entry rambut gatal..ramai yang respon..memang xsalah kan tanggapan penulis..majoriti hadapi masalah yang sama..jangan lupa juga ya amalkan petua yang dikongsi oleh pembaca yang lain..tidak kurang hebatnya..

baiklah hari ini penulis terjumpa artikel mengenai amalan untuk mencantikkan rambut..baca elok2 ya...

1..sebenarnya rambut merupakan bahagian yang agak cerewet untuk dijaga...tetapi jika asasnya sudah dipenuhi..xperlu risau..ia pasti akan tumbuh sihat menawan...tentu pembaca tertanya2..apakah asas untuk rambut???...

jawapannya senang sahaja...rambut kita sebenarnya memerlukan vitamin E yang secukupnya bertindak untuk memperoleh sinaran semulajadi..jadi, amalkanlah memakan kekacang, gandum dan sayur-sayuran berdaun hijau...(mujur sekali kesemua ini merupakan makanan kegemaran penulis)...hehehe

2..Avokado...sangat familiar kan???...avokado juga sangat bagus untuk rambut...caranya..??
:::kisar beberapa biji avokado kemudian + satu sudu besar minyak zaitun + satu sudu besar tepung penaik...gaul rata sehingga sebati dan kemudian sapukan pada setiap helaian rambut..tunggu sehingga 10-15 minit dan kemudian bilas dengan air bersih...



macamana???...sebenarnya petua ini ada 4 kesemuanya...penulis akan masukkan bakinya pada entry yang akan datang ya....

Sunday, March 7, 2010

aRRgH..GaTaL!!

OK2 bertenang...bertenang..jangan runsing2 lagi k...penulis akui, memang sukar untuk memiliki rambut yang cantik tanpa memiliki kulit kepala sihat dan terawat dengan elok..paling2 pun biasanya kita boleh miliki rambut yang cantik mengurai..berkilat2 lagi...tapi..soal gatal dan kelemumur...siaplah nanti di bilik!...

hahahaha..penulis sendiri mengalaminya..bukan omong-omong kosong ya..

ok2..berita baik lagi..::

cuba petua ini~~~

potong kecil2 dan hancurkan timun (dibuang kulitnya) sehingga keluar jusnya. kemudian campurkan pula dengan yogurt dan madu..

lepastu...sapukan pada rambut yang kering sehingga rata (kena pada semua bahagian kulit kepala)..boleh juga gunakan sikat bergigi jarang...biarkan selama 10 minit..kemudian bershampula seperti biasa...

hm..disamping ia boleh mengatasi masalah kulit kepala gatal, ia juga berupaya untuk menyejukkan kulit kepala sensetif...

amacam...rasa geram lagi pada rambut gatal..???

p/s: kredit kepada majalah Intrend untuk informasi yang best ni...

Thursday, March 4, 2010

nusantara..


sejak beberapa bulan ini..tekanan kerja yang bertimbun2 ditambah pula dengan masalah yang bermacam2...membuatkan penulis sudah jarang mempraktikkan petua tradisi..cuma yang menjadi kewajipan seperti pupur tomato dan telur di wajah..memang jarang sekali penulis tinggalkan...

seharian berhadapan dengan pelbagai perkara..membuatkan kulit kepala penulis sering berminyak dan agak gatal..jadi, seperti biasa penulis mendapatkan nasihat dari SECRET GARDEN..dan akhirnya shampoo nusantara menjadi pilihan penulis...

benar2 mengagumkan..dengan haruman limau nipis, pegaga dan jarak kosta merah..ditambah pula rasa berangin di kulit kepala membuatkan penulis benar2 selesa dan tenang...

seperti biasa..penulis membuat kajian sendiri mengenai kandungan nusantara secret garden ini::

LIMAU NIPIS

limau nipis atau Citrus Hystric DC tergolong dalam buah-buahan sitrus yang amat terkenal dalam sejarah penjagaan rambut. sebelum perapi rambut diperkenalkan, perahan limau yang turut mengandungi asid sitrik digunakan di serata dunia untuk merapi dan menyinarkan rambut.

asid sitrik kini lebih dikenali sebagai AHA dengan khasiat tersendiri, sentiasa digunakan untuk membuat krim kulit yang dirumus daripada AHA. kandungan asidnya membantu mengekalkan kelembapan kulit.

buahnya pula boleh digunakan terus untuk mencuci kepala, dipercayai boleh menghilangkan kelemumur, melegakan kulit kepala dan mengharumkan rambut. juga boleh di gosokkan di seluruh tubug badan untuk menghilangkan bau badan.

PEGAGA

pegaga mempunyai bahan sebatian kimia dan bioaktiviti. dalam bidang peubatan tradisi, is digunakan sebagai agen antialergi, tonik, antikanser, mengeluarkan batu karang dan banyak lagi.

pegaga juga sangat membantu dalam proses pembentukan semula tisu rambut, membina kolagen dan kuku...ia juga sangat baik untuk mengatasi masalah keputihan, buasir dan kudis.

JARAK KOSTA MERAH

khasiat daun ini sangat berguna untuk mengubati masalah kelemumur..namun daun jarak kosta merah ini hanya boleh didapati di nusantara (daerah sekitar indonesia)..melalui beberapa proses jarak kosta merah juga boleh diadun untuk dijadikan ubat kembung perut , luka dan kecacingan.


hmm..banyak sudah kan informasi mengenai produk secret garden ini kan..bagi hemah penulis produk ini sangat bersesuaian dengan diri penulis sendiri...macamana plak dengan yang lain...

apa kata, kalau ada sesiapa yang ada pengalaman menggunakan secret garden ini sama ada posiitf atau negatif, kita kongsi di sini...mana tahu kita boleh berkongsi-kongsi pengalaman dan pendapat...

Wednesday, March 3, 2010

BiBiR da xseksi...huk



hmmm..penulis pasti ramai juga pembaca di luar sana yang mengalami masalah yang sama..bibir kering..merekah..berdarah..

sebenarnya perkara ini mormal berlaku di musim panas..lagi2 bila kita kurang minum air...ini kerana kulit bibir sangat sedikit mengandungi minyak...tak macam bahagian lain yang mudah berminyak dan lembab selalu..

petua kali ini:

~~ambil getah pokok sena yang berwarna merah n sapukan di tempat yang pecah
~~ambil halia dan tumbuk lumat sehingga mengeluarkan air...sapukan ke bibir setiap malam sebelum masuk tisur dan biarkan ia kering sendiri
~~ambil madu dan sapukan pada bibir setiap malam...

so apa lagi..jom selamatkan bibir kita yang semakin merekah ni...huk3

Tuesday, March 2, 2010

BAU???

salam...hari ni nampaknya cuaca semakin panas..penulis baru saja pegi lunch tadi..balik opis dah berpeluh2 bagai...lagi pula, cafe bukannya jauh..selang 5 bangunan saja dari ofis penulis...kipas di cafe pon ok..tapi peluh memercik2 bila sampai opis..kenapa ya?..xcukup minum air kali..

tapi awas!! jangan asyik mengeluh saja ya..cuaca ini adalah proses kejadian yang sebenarnya terbaik untuk kita jika kita mula berfikir secara positif...jangan pula tanya penulis mengenai matahari dan atmosfera..maaf, penulis tidak arif..hehe..ok2..macam ni.. petua yang penulis dapat dari seorang sahabat, banyak-banyakkan minum air tebu..jangan tanya penulis kenapa ya..penulis hanya menurut sahaja..hehe

tadi penulis dapat lagi petua menarik...

hmm..bila sebut air kelapa di waktu2 macam ni membuatkan penulis agak kecur..rupa2nya air kelapa juga boleh menyerikan wajah..ok begini..apabila kita belah buah kelapa untuk dapatkan isinya..disamping diminum air tersebut..apakata ambil sedikit dan sapukan di wajah..biarkan sampai kering..kemudian baru bilas..khasiatnya boleh mengurangkan parut juga ya...




selamat mencuba..tapi kalau ada sesiapa yang boleh kongsikan khasiat lain air kelapa..penulis sangat mengalu-alukan..maklumla penulis terlalu mengemari air kelapa..hehe

Monday, March 1, 2010

TIPS untuk KULIT LAYU DAN LESU!!


salam pembuka kata..agak lama rasanya penulis menyepi dari meng'update' teratak cantik ini..rindu makin membuak2 untuk memulakan entry...maklumlah sekarang ni keadaan cuaca yang tidak menentu..ditambah pula dengan sensitiviti perasaan yang entah apa puncanya..semakin sensetif dan tidak bersemangat...mungkin terlalu mengikut perasaan dan terpengaruh dengan perubahan cuaca yang seringkali berubah2 secara mendadak..

ok2..kebetulan hari ini penulis ingin memberi tips untuk menceriakan kulit muka yang layu dan lesu...ha!..pasti sekali selepas ni xperlulah penulis bermuram2 lagi..yela kulit dah ceria..mestilah mood pun ceriakan...

~~bila anda merasakan kulit dah mula terasa lesu dan suram...pergi dapur dan cuba selongkar untuk mencari bahan2 ini::

1)asam jawa
2)tepung ubi
3)manjakani
4)mentimun


mustahil xada kan di dapur tu..ok, sebenarnya dengan 4 bahan ni saja..anda boleh mendapatkan 3 petua tradisi yang best...

a) bancuhkan sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi. kacau sehingga sebati (patikan tidak terlalu cair)..kemudian, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit..bilas dengan air bersih

b) rebus segenggam biji manjakani di dalam periuk tanah sehingga menggelegak..tunggu sehingga air menjadi suam dan sapukan pada wajah..tunggu sehingga kering barulah basuh dengan air bersih..

c) campurkan sedikit tepung ubi dan timun yang telah dihancurkan bersama sedikit air (pastikan bancuhan tidak terlalu cair)...sapukan ke muka dan biarkan sehingga kering..akhir sekali, bilas dengan air bersih dan lap muka sehingga kering...

akhir sekali..cuba senyum ceria..dan penulis yakin..muka anda akan lebih ceria...jangan muram2 k...
 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates. Blogger Templates | Blogger Template. Distributed by Blogger Templates