Followers

Monday, March 29, 2010

AJA AJA fighting!!!

salam...
rasa2 nya tajuk entry penulis kali ini begitu sinonim kan dengan trademark perbualan harian kita kan...lebih2 lagi bagi peminat setia drama korea yang selalunya comel dan touching habis...

tetapi jangan salah sangka ya..penulis bukan berniat untuk membuat entry review drama korea pula ya...

sebenarnya setelah penulis mengumpul pelbagai koleksi cegah jerawat dan sebagainya..penulis lupa untuk menulis petua untuk mengawal berat badan atau gemuk dan melawan selulit....maaf ya..

penulis tahu..rata2 wanita diluar sana begitu risau sekali dengan kemunculan selulit yang nyata mencacatkan pandangan....oh ya!!sebenarnya selulit ini memang sangat berkait rapat dengan kegemukan..cara untuk mengatasinya kali ini...tiada cara pintas ramuan2 tradisi lagi ya..penulis mahu kongsikan cara pemakanan dan rutin harian yang perlu kita titik beratkan...

antaranya:

1) minum 8 gelas air sehari..jangan kurang ya..kalau xpercaya...baca sahaja tips kecantikan artis2 cantik diluar itu..mereka cantik bukan kerana gabungan formula bagai...tetapi hanya kerana tabiat minum air masak tidak kurang dari 8 gelas sehari!!!!....jadi apa lagi...jangan pandang remeh pada setiap gelas air masak...malah, dengan minum air, sebenarnya ia mengurangkan selera kita untuk makan dengan berlebihan...sebabnya?? air sudah cukup mengenyangkan....

2) elakkan mengambil makanan laut kerana ia mempunyai nilai kolesterol yang tinggi..tidak baik untuk kesihatan malah cenderung untuk meningkatkan berat badan..hm..tapi sedapnyaaa sotong goreng tepung ..!!....

3) kurangkan pengambilan garam dalam masakan..ini kerana garam boleh menggalakkan takungan air..mengurangkan pengambilan garam bermakna badan menanggung sedikit air....jadi, kurang sedikit berat yang disebabkan air..



tips2 ini penulis dapatkan di majalah InTrend..ada 100 tips kesemuanya..xlarat rasanya penulis mahu menaip kesemuanya..kita cuba sedikit demi sedikit dulu ya....

0 comments:

Post a Comment

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates. Blogger Templates | Blogger Template. Distributed by Blogger Templates