Followers

Wednesday, March 24, 2010

..sambungan RAmUan aSLI 2..

salam pagi...cantik harap semua rakan2 maya ceria ya arini...xseronoklah kan kalau hari yang sepi ni dihias dengan mood yang muram...

ok, seperti yang dijanjikan semalam...hari ini kita sambung lagi 3 kaedah untuk mendapatkan ramuan asli untuk kecantikan semulajadi ya...cantik harap moga petua semalam sudah mula dipraktikkan ya....hehe

baiklah, tips kita yang seterusnya::

~~~melembabkan kulit.. lakukan proses lembapan ini dengan amalan sapuan bahan ekstrak minyak seperti minyak zaitun untuk mengurangi kesan kulit kering dan menggelupas selepas mandi.

~~~masker..memang sangat sinonim dalam dunia kecantikan..selain menyegarkan, masker juga dapat melancarkan peredaran darah, merangsang kembali kegiatan baik pulih sel kulit dan membuang sel-sel kulit mati...banyak bahan masker yang boleh dipraktikan seperti masker dari timun @ tomato yang diblender dan juga boleh dilakukan dengan putih telur...kemudian tepekkan saja di wajah....mudahkan...hehe

~~~yang terakhir sekali adalah penyegar wajah...ingat!! antara penyegar yang paling baik adalah lemon kerana ia berupaya mengetatkan pori-pori terbuka selepas rawatan wap. caranya-> campurkan jus lemon dengan air sejuk dan gaulkan. sapukan pada wajah sedikit demi sedikit...rasailah hasilnya yang sangat segar...

cantik harap petua-petua hari ini cukup untuk melengkapkan rutin penjagaan natural yang merangkumi keseluruhan proses...tapi jangan risau..jika cantik temukan petua hebat lagi..pasti saja cantik akan tuliskan di teratak ini untuk tatapan semua...

semoga ceria-ceria ya...

0 comments:

Post a Comment

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates. Blogger Templates | Blogger Template. Distributed by Blogger Templates