Followers

Monday, March 1, 2010

TIPS untuk KULIT LAYU DAN LESU!!


salam pembuka kata..agak lama rasanya penulis menyepi dari meng'update' teratak cantik ini..rindu makin membuak2 untuk memulakan entry...maklumlah sekarang ni keadaan cuaca yang tidak menentu..ditambah pula dengan sensitiviti perasaan yang entah apa puncanya..semakin sensetif dan tidak bersemangat...mungkin terlalu mengikut perasaan dan terpengaruh dengan perubahan cuaca yang seringkali berubah2 secara mendadak..

ok2..kebetulan hari ini penulis ingin memberi tips untuk menceriakan kulit muka yang layu dan lesu...ha!..pasti sekali selepas ni xperlulah penulis bermuram2 lagi..yela kulit dah ceria..mestilah mood pun ceriakan...

~~bila anda merasakan kulit dah mula terasa lesu dan suram...pergi dapur dan cuba selongkar untuk mencari bahan2 ini::

1)asam jawa
2)tepung ubi
3)manjakani
4)mentimun


mustahil xada kan di dapur tu..ok, sebenarnya dengan 4 bahan ni saja..anda boleh mendapatkan 3 petua tradisi yang best...

a) bancuhkan sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi. kacau sehingga sebati (patikan tidak terlalu cair)..kemudian, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit..bilas dengan air bersih

b) rebus segenggam biji manjakani di dalam periuk tanah sehingga menggelegak..tunggu sehingga air menjadi suam dan sapukan pada wajah..tunggu sehingga kering barulah basuh dengan air bersih..

c) campurkan sedikit tepung ubi dan timun yang telah dihancurkan bersama sedikit air (pastikan bancuhan tidak terlalu cair)...sapukan ke muka dan biarkan sehingga kering..akhir sekali, bilas dengan air bersih dan lap muka sehingga kering...

akhir sekali..cuba senyum ceria..dan penulis yakin..muka anda akan lebih ceria...jangan muram2 k...

0 comments:

Post a Comment

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates. Blogger Templates | Blogger Template. Distributed by Blogger Templates