Followers

Tuesday, February 23, 2010

RAHSIA...



Hmm..sebenarnya entry pada kali ini, penulis ingin berkongsi mengenai pengalaman penulis sendiri menggunakan produk penjagaan diri SECRET GARDEN..seperti yang penulis war2 kan sebelum ini,rahsia penjagaan ringkas penulis hasil gabungan petua2 tradisi hanya dapat penulis rasai pada rangkaian produk SECRET GARDEN..

Hmm..gambar2 ini diambil secara 'candid' di bilik air penulis sendiri..hehe..

body wash dan shampoo ini memang kami selalu gunakan..mungkin kebanyakan pengguna setia pada produk berjenama lain nya seperti rejoice, clean and clear dan pantene...memang dulunya penulis menggunakan produk laen..lihat saja gambarnya kan..masih ada lagi produk laen di bakul mandian..cuma baki nya saja..huhu..tapi pada hemat penulis, produk ini sangat bersesuaian dengan keperluan penulis...kalau xpercaya, boleh cuba dulu...

sebenarnya produk ini merupakan salah satu produk penjagaan yang tidak lari dari tips2 yang penulis selalu 'publish'kan..penuh dengan nilai tradisinya dan tidak lari dari kebiasaan masyarakat kita..contohnya 'body wash' Himalaya (botol berwarna coklat) yang penulis gunakan ia mengandungi adunan teh hitam, chamomile dan eucalyptus..

chamomile::~~

Chamomile digunakan untuk menyembuhkan sakit perut, radang usus dan sebagai ubat tidur (penenang). Selain itu, sebagai teh herba, iaitu dengan menambahkan dua sudu makan bunga chamomile kering dengan secawan teh. Untuk mengatasi sakit perut dinasihatkan untuk meminum secawan teh chamomile setiap pagi tanpa sarapan selama dua atau tiga bulan.

Selain itu, tumbuhan ini juga sesuai untuk alahan kulit termasuklah ekzema, luka, sakit gigi dan ruam lampin serta membantu melembutkan kulit, selain memberi khasiat yang diperlukan oleh kulit untuk kekal sihat.

Teh chamomile pula dipercayai mampu melindungi tubuh daripada menjadi perumah penyakit seperti demam dan kekejangan semasa haid. Dalam kajian terbaru itu, mereka yang gemar minum teh ini menghasilkan sejenis bahan yang dikenali sebagai glisin yang melegakan kekejangan otot. Menurut penyelidik Imperial College London di United Kingdom, Dr. Elaine Holmes, bunga tersebut juga bertindak sebagai antioksida dan antimikrob.

sumber::http://anizyn.blogspot.com



eucalyptus::~~

khasiat eucalyptus ini disapati dari bahagian daunnya..ia mempunyai kesan keseimbangan dan boleh meningkatkan proses penyembuhan, perlindungan diri, ketenangan emosi..selain itu, ia juga dapat mengurangkan selsema, sakit kepala, kelakuan yang tidak rasional, marah2 serta berupaya untuk menghilangkan bau badan..

teh hitam::

menurut Zhiozaki (1997), ekstrak teh hitam dapat meperbaiki system imun.Sistem imun yang baik dapat meningkatkan aktiviti sel, yaitu bertindakbalas terhadap zat asing di dalam tubuh. Sel kanser di dalam tubuh juga merupakan zat asing, kerana pada permukaannnya mempunyai protein lain atau protein asing. Bila system imunologi tubuh baik, maka perkembangan sel kanser ini dapat dihalang.

hmm bagaimana..rasa teruja kan untuk mencuba..

0 comments:

Post a Comment

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates. Blogger Templates | Blogger Template. Distributed by Blogger Templates