Followers

Monday, February 1, 2010

'add value' wajah anda!



kalau ditanya mengenai buah-buahan tempatan...memang penulis yakin ramai dikalangan kita memang teruja..maklumlah buah-buahan tempatan kita memang paling sedap jika dibandingkan dengan buah-buahan import..setuju??

jika disebut buah-buahan..pastilah yang bermain difikiran kita...::menyihatkan, mengenyangkan, menyelerakan, membekalkan vitamin, mempunyai khasiat, menggalakkan tumbesaran, menyeimbangkan tubuh dan mencantikkan kulit pastinya...jadi, apa kata kita mendominasikan kegunaan ini untuk dijadikan sebagai produk penjagaan pula...seronokkan..

BETIK

betik memang begitu sinonim dengan masyarakat melayu..macam2 kegunaan betik ni..lebih2 lagi dalam masakan..tapi yang ini, penulis maksudkan betik yang sudah masak kekuningan ya..jangan pula gunakan betik muda.. sebenarnya dengan menggunakan buah betik, kita dapat menghindari lapisan kulit mati dipermukaan kulit, menghilangkan bintik2 hitam dan meratakan warna kulit.

caranya : ~~hancurkan sebiji buah betik dan campurkan dua sudu madu dengan 'hazelnut' yang telah dikisar lalu sapukanlah pada kulit muka dan biarkan selama 10 minit. kemudian bilas muka sehingga bersih..memang segar lebih2 lagi hazelnut juga berupaya untuk menjadi scrub!!

PISANG

pemilihan buah-buahan yang ke dua pula adalah pisang..banyak kegunaannya. bukan sahaja pada isinya malah kulitnya juga boleh digunakan..pisang yang kaya dengan kandungan vitamin A, C, dan zat galian seperti niasin, kalsium fosforus dan zat besi mampu membekalkan tenaga pada kulit dan menyihatkan tubuh.

caranya :~~lenyekkan pisang dan tambahkan setengah biji jus lemon. kemudian, masukkan ke dalam peti selama 10 minit. selepas itu, sapukan ramuan tadi ke seluruh muka. biarkan selama 30 minit lalu basuhlah muka dengan air..ia sesuai di aplikasikan pada semua jenis kulit...(sumber dari majalah Intrend)

selain daripada tu, penulis juga menggunakan kulit pisang sebagai satu lagi alternatif..memang benar2 berkesan tau!..tips ini penulis perolehi dari kakak ipar penulis sendiri..menurut beliau, kulit pisang ini mengandungi getah yang boleh menegangkan kulit muka..memang berkesan..(walaupun kulit muka kita akan kelihatan selekeh semasa proses tersebut, tapi kesannya memang mujarab)..

caranya:~~ambil kulit pisang yang telah di gunakan..lumurkan dan sapukan bahagian dalam kulit tersebut di keseluruhan muka..biarkan selama beberapa minit sehingga kulit tersebut kering..ketika proses ini, jangan pelik kerana wajah kita akan comot kecoklat coklatan..ini sebenarnya disebabkan getah pisang tadi yang akan berubah warna apabila terdedah kepada udara..sama juga macam pisang yang terdedah kan...
ketika itu kulit muka akan menegang..biarkan sahaja ya..

akhir sekali, basuh muka secara beransur2 dengan menggunakan air suam..memang menakjubkan kesannya..kulit muka halus mulus!!!

hmm..apa lagi cubala tips kali ni...memang berbaloi2..

1 comments:

k.a.s.i.h.s.y.u.r.g.a said...

informasi yang hebinforat..harap boleh kongsi lagi ya..

Post a Comment

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates. Blogger Templates | Blogger Template. Distributed by Blogger Templates