Followers

Wednesday, February 3, 2010

scrub asli???

penulis berpendapat, kalau di Malaysia, kebanyakan rumah pasti mempunyai rimbunan pohon jambu..tidak kiralah jambu batu ke atau jambu air..kan..lebih-lebih lagi kalau bermastautin di kawasan kampung..memang wajib!!

apa kata hari ni kita berkongsi kaedah kecantikan menggunakan pucuk daun jambu batu....ingat ya..pucuknya sahaja..jangan pula ada yang menggunakan daun2 yang besar tu..

cuba kita jadikan pucuk2 itu sebagai 'scrub' untuk menghilangkan kotoran dan daki di wajah..
caranya: ~~tumbuk pucuk daun tersebut/ ramas2 sehingga hancur..kemudian gosokkan di wajah sehingga rasa minyak-minyak atau daki di wajah hilang..kemudian barulah bersihkan wajah dengan menggunakan pembersih muka..insyaALLAH dengan khasiat daun jambu tadi..muka kita boleh jadi jambu tau...hehehe..

satu lagi petua mudah untuk membuka liang2 roma pada wajah..sebenarnya apabila liang roma terbuka ketika sesi pembersihan wajah, ia lebih memudahkan proses tersebut kerana kotoran2 degil yang tersumbat lebih mudah di tarik keluar..
caranya ialah :~~ tuangkan air panas kedalam sebiji baldi yang agak tinggi..(ingat, tuang suku baldi sahaja!.. kemudian tuamkan wajah anda dengan menekup kain menutupi ruang ...tapi hati2 ya...kaedah ini tidak boleh dilakukan selalu kerana khuatir memberi kesan kepada kulit wajah..

ketika sesi ini, wap air panas akan membuka liang2 roma..jadi, bolehlah kita men'cungkil' apa2 di wajah dengan lembut tanpa meninggakan kesan calar...

hmm..mungkin tips ini boleh membantu...penulis sering melakukan ritual ini bersama rakan2 semasa di kolej dahulu...memang seronok jika dilakukan beramai2..lebih2 lagi pada hari cuti.!!.

1 comments:

k.a.s.i.h.s.y.u.r.g.a said...

setuju sangat..best

Post a Comment

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates. Blogger Templates | Blogger Template. Distributed by Blogger Templates