Followers

Tuesday, February 16, 2010

Kuasa Beras untuk CANTIK..

Rasanya sebelum ini penulis telah pun menulis petua cantik menggunakan air basuhan beras..tetapi sebenarnya masih banyak lagi petua best menggunakan beras ni..mujurlah penulis tergerak hati menilik majalah Intrend edisi tahun 2008 ini..selain dijadikan sebagai makanan ruji, sebenarnya beras sangat bermanfaat dan juga membantu untuk merawat kulit..

berikut merupakan antara kelebihan dan kegunaan beras:

1) BERAS ATASI KULIT BERMINYAK
~~ambil beras dan bersihkan dahulu..kemudian jemur sehingga kering..kisarkan beras tersebut (jangan terlalu halus dan biarkan tekstur beras sedikit kasar). sebelum mandi bersihkan wajah dengan beras yang telah dikisar..(beras tadi dicampurkan dengan air dan dijadikan scrub dan disapukan di kulit wajah yang berminyak)..

2) MENANGGALKAN DAKI-DAKI BADAN!

~~kisar segenggam beras sehingga halus dan tumbuk beberapa daun sireh sehingga lumat..campurkan kedua2 bahann ini dan kacau sehingga sebati. sebelum mandi, lumurkan campuran beras tadi keseluruhan badan. kemudian goso-gosokkan dengan perlahan sehingga semua bahan yang dilumur tadi tanggal dari badan. petua ini bukan sahaj boleh menjadikan kulit badan halus, malahan menanggalkan daki, mengharumkan permukaan kulit dan menyegarkan bau badan.

3) HILANGKAN JERAWAT BATU!!

tumbuk sedikit beras sehingga halus dan campurkannya dengan sedikit air. sebelum tidur, sapukan di jerawat batu tersebut!..lakukan 3 kali semingu. insyaALLAH jerawat batu pada wajah pasti akan hilang...

hmm..jadi apa lagi..jangan lupa cuba ya..!

1 comments:

kak'ru said...

biasanya yang kita gunakan air basuhan beras..nice info..

Post a Comment

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates. Blogger Templates | Blogger Template. Distributed by Blogger Templates